Kod: B005
Tajuk : Beriman kepada malaikat dan kitab
Pengarang: Ustaz Abdul Hadi Awang
Harga : £6.00
Penerbit: PTS Publication
Sinopsis:
"Rasulullah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya daripada Tuhannya, begitu juga orang-orang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat, kitab dan rasulnya...." (al-Baqarah, ayat 285)
Allah mencipta malaikat lebih awal daripada manusia. Mereka adalah satu entiti yang wujud dalam rupa dan alam tersendiri yang tidak terjangkau oleh fikiran kita. Rutin hidup dan dunianya hanya diketahui melalui wahyu Allah yang diterjemahkan oleh para nabi dan rasul. Sebagai Muslim, percaya kepada kewujudan malaikat sebagai satu daripada perkara ghaib menjadi paksi dan asas keimanan kepada Allah.
Hubungan manusia dengan malaikat adalah sebagai pengantara yang menyampaikan wahyu Allah kepada para nabi untuk sekalian umat manusia. Wahyu ini disusun sebagai kitab-kitab yang menjadi panduan kepada umat manusia mengikut zaman. Percaya kepada kitab-kitab juga adalah sebahagian daripada asas dan paksi iman.
Buku ini membawa para pembaca mengenali malaikat dengan lebih dekat. Ia juga mengupas beberapa perkara utama berkaitan kitab-kitab Allah secara terperinci. Setiap huraian disokong oleh nas-nas daripada sumber primer yang autentik. Buku ini menjawab persoalan-persoalan berikut:
- Benarkah malaikat dapat menyerupai manusia?
- Bagaimanakah hubungan akrab antara malaikat dengan manusia?
- Relevenkah kitab rasul-rasul terdahulu pada masa kini?
- Bagaimana beriman kepada malaikat dan kitab Allah?
Dato' Seri Haji Abdul Hadi Haji Awang memiliki ijazah B.A Syariah dan M.A Siyasah Syar'iyyah. Beliau adalah seorang pendakwah dan pemimpin salah sebuah parti politik di Malaysia. Beliau juga adalah pengasas Maahad Darul Quran, Rusila, Terengganu, sebuah pusat pengajian ilmu-ilmu Islam.
Isi Kandungan
Daripada Pengarang
Bahagian 1 : Percaya kepada Malaikat
Bab 1: Percaya kepada Kewujudan Malaikat
Bab 2: Sifat dan Kelebihan Malaikat
Bab 3: Malaikat dan Manusia
Bab 4: Hubungan Malaikat dengan Orang Beriman
Bab 5: Kewajipan Orang Beriman pada Malaikat
Bab 6: Tugas Malaikat pada Orang Kafir dan Fasik
Bab 7: Hubungan Malaikat dengan Makhluk Lain
Bab 8: Percaya Kewujudan Jin dan Syaitan
Bab 9: Keyakinan Manusia Berhubung dengan Jin
Bahagian 2 : Percaya kepada Kitab
Bab 10: Jin Dapat Merasuk Manusia
Bab 11: Hubungan Manusia dengan Jin
Bab 12: Percaya kepada Semua Kitab Allah
Bab 13: Manusia Memerlukan Kitab Allah
Bab 14: Kitab yang Wajib Dipercayai
Bab 15: Percaya kepada al-Quran
Bab 16: Suhuf Nabi Ibrahim
Bab 17: Taurat
Bab 18: Injil
Bab 19: Zabur
Bab 20: Bagaimana Beriman kepada Kitab-kitab
Saturday, 12 April 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment