Kod: B-010
Tajuk: Takwa Takut tapi Rindu
Pengarang: Ustaz Abdul Hadi Awang
Harga: £5.00
Sinopsis:
"...Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah adalah orang yang lebih takwanya antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya)...." (Surah al-Hujurat: 13)
Umar bin al-Khattab bertanya kepada Ubai bin Ka'ab, �Apakah hakikat takwa?� Ubai bertanya pula, �Pernahkah Amirul Mukminin melalui jalan yang banyak onak dan duri?� Umar menjawab, �Ya.� Ubai bertanya lagi, �Bagaimana?� Umar menjawab, �Saya berjalan dengan berwaspada dan bersungguh-sungguh supaya tidak memijak atau terpijak onak dan duri.� Ubai menjawab, �Itulah hakikat takwa.� Begitulah sukarnya mencapai darjat takwa. Namun rindu menggamit untuk sampai kepadanya. Masakan tidak, hanya itu jalan bertemu dengan Sang Pencipta. Betapa gentar, pasti digagahi jua. Penulis mengajak kita menghayati pengertian takwa dalam kehidupan setiap individu Muslim. Justeru, hujah diperkukuhkan dengan huraian ayat-ayat al-Quran yang memberi kesan pada hati dan minda. Dato' Seri Haji Abdul Hadi Haji Awang memiliki ijazah B.A. Syariah dari Universiti Islam Madinah dna ijazah M.A. Siyasah Syar'iyyah dari Universiti Al-Azhar. Beliau adalah tokoh ilmuwan, pendidik, pendakwah dan pengasas sebuah pusat pengajian ilmu-ilmu Islam di Marang, Terengganu.
Daripada Pengarang Pendahuluan Pengertian Takwa Huraian Ayat Pertama Huraian Ayat Kedua Huraian Ayat Ketiga Huraian Ayat Keempat Huraian Ayat Kelima Huraian Ayat Keenam Huraian Ayat Ketujuh Huraian Ayat Kelapan Huraian Ayat Kesembilan Huraian Ayat Kesepuluh Huraian Ayat Kesebelas Huraian Ayat Keduabelas Huraian Ayat Ketigabelas Huraian Ayat Keempat belas Martabat Takwa Tujuan Takwa Agenda Dirar Prinsip Dirar dan Syirik Penutup
Saturday, 12 April 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment