Saturday, 12 April 2008

Beriman kepada qada' dan qadar

Kod: B008

Tajuk: Beriman kepada qada' dan qadar
Pengarang: Ustaz Abdul Hadi Awang
Harga: £5.00




Sinopsis:

“...boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan ingatlah, Allah jualah yang mengetahui semua itu, sedangkan kamu tidak mengetahuinya.”
(Surah al-Baqarah, ayat 216).

Adakah perjalanan hidup ini sudah sedia termaktub dalam ketentuan Tuhan yang maha pencipta? Adakah setiap insan hanya melaksanakan apa yang diatur untuknya? Adakah setiap insan cuma berserah kepada apa yang ditentukan ataupun mampu mengubahnya? Di manakah letaknya usaha insan sekiranya hidup ini sudah ditentukan?

Buku ini mengupas persoalan hidup manusia yang bergantung pada ketetapan yang maha pencipta. Sebagai Muslim, yakin dan percaya kepada qadak dan qadar adalah salah satu daripada rukun iman. Beriman kepada qadak dan qadar tidak menjadikan insan lemah dan malas, malah mampu meningkatkan lagi produktiviti hidup. Di samping itu, ia menaikkan martabat manusia ke peringkat iman yang tertinggi.

Buku ini diolah semula dengan pendekatan moden dan dikuatkan dengan nas-nas al-Quran dan hadis. Antara perkara-perkara yang dibincangkan adalah:

Baik dan buruk berkaitan qadak dan qadar
Orang kafir berhujah tentang qadar
Hubungan antara akidah dengan ibadah dan akhlak

No comments: