Kod: B-011
Tajuk: Rahsia Arqam
Pengarang: Ann Wang Seng
Harga: £6.50
OFFER : £5.00 sahaja!
Sinopsis:
Sejak ditubuhkan pada tahun 1968, pertubuhan Al-Arqam banyak memainkan peranan dan terlibat secara aktif dalam arus kebangkitan semula Islam. Bagaimana pula dengan kehidupan para pengikutnya sekarang? Apakah pula yang dilakukan oleh Ashaari Muhammad?
Terlalu banyak perkara yang ingin diketahui oleh masyarakat berkaitan dengan Al-Arqam terutamanya hal-hal yang berkaitan dengan poligami dan kehidupan berumah tangga di kalangan pengikutnya. Orang-orang Al-Arqam sering kali dianggap hebat kerana berjaya menundukkan para wanita sehingga sanggup dimadukan dan hidup bermadu. Begitu juga dengan sistem ekonominya yang sering mendapat pujian daripada pelbagai pihak.
Buku ini lebih memfokuskan kepada perkara-perkara yang berlaku semasa Al-Arqam masih wujud serta aspek-aspek dalaman yang dianggap kontroversi dan menarik untuk diketahui. Antara isu-isu yang dikupas di dalam buku ini adalah: 1.Abuya dan At-Tamimi 2.Rahsia Ashaari di luar negeri 3.Syeikh Suhaimi dan Majlis Yaqazah 4.Gagak Hitam dan Hantu Bungkus
Ditulis dengan menggunakan bahasa mudah serta ringkas supaya masyarakat dapat mengenali Al-Arqam dengan lebih dekat. Dengan kupasan yang dibuat secara santai, dapat menjelaskan rahsia yang terselindung selama beberapa dekad
Saturday, 12 April 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment